Akaun dikunci? Tidak perlu risau! Sila ikuti panduan di bawah untuk mendapatkan semula akses ke akaun anda:
Langkah 1: Dari halaman log masuk SEAGM, klik Log masuk dan klik "Lupa kata laluan?".
Langkah 2: Masukkan alamat e-mel anda dan tandakan pada kotak reCAPTCHA. Kemudian, klik "Hantar kata laluan tetapan semula e-mel".
Langkah 3: Semak peti mel anda. Anda akan menerima e-mel mengenai "Reset your SEAGM.com password". Sila klik pada "RESET LINK" yang diserlahkan dengan warna biru untuk diarahkan ke halaman tetapan semula kata laluan.
Nota: Sila semak folder Junk atau Spam e-mel anda jika anda tidak menemui mesej dalam peti mel anda. Anda juga boleh menyenarai whitelist domain [@seagm.com] dan meminta penetapan semula kata laluan sekali lagi.
Langkah 4: Masukkan kata laluan baharu dan sahkannya sekali lagi. Kemudian, klik pada butang "Save".
Nota: Pautan tetapan semula kata laluan adalah sensitif masa dan hanya untuk kegunaan sekali sahaja. Jika anda mengklik pautan dan ia tidak berfungsi, cuba minta yang baharu dan gunakan pautan itu secepat mungkin.
Langkah 5: Setelah selesai, anda akan melihat halaman berjaya menetapkan semula kata laluan "Operation Complete" dan anda akan secara automatik diarahkan kembali ke laman SEAGM.
Keperluan untuk mencipta kata laluan dalam SEAGM:
1. Kata laluan mengandungi 8 ~ 20 aksara.
2. Gabungan huruf besar dan kecil serta nombor.
3. Jangan gunakan sebarang simbol atau aksara khas.
Contoh: SeaGamerMall2007
Terima Kasih.
Lawati laman Sokongan SEAGM untuk mendapatkan jawapan dan panduan pantas.
Perlukan sokongan? Hubungi Sokongan Pelanggan kami melalui LiveChat.
Artikel berkaitan:
Komen
0 komen
Artikel ditutup untuk komen.