ShopeePay adalah perkhidmatan e-wallet yang ditawarkan oleh Shopee yang dapat digunakan untuk membayar transaksi dalam talian di Shopee dan juga transaksi dengan pedagang yang menerima ShopeePay. Transaksi tanpa tunai dengan mudah, cepat dan selamat dalam beberapa minit melalui ShopeePay.
Notis:
1. Yuran pemprosesan sebanyak 1% akan dikenakan secara automatik semasa setiap pembayaran. Yuran berbeza-beza dan mungkin berubah dari semasa ke semasa.
2. Kaedah pembayaran ShopeePay [MYR] HANYA tersedia untuk pengguna Malaysia di bawah Ringgit Malaysia [MYR] dalam SEAGM.
3. Sila pastikan TIADA rangkaian persendirian maya (VPN) telah didayakan semasa pembayaran.
Langkah 1: Pilih item yang ingin anda beli dan klik 'beli sekarang'. Di halaman pengesahan pesanan, klik 'bayar sekarang" untuk diarahkan ke halaman seterusnya.
Langkah 2: Di halaman pembayaran, pilih 'Bayaran Dalam Talian' dan pilih ShopeePay. Selepas itu, klik pada Pay Now untuk meneruskan.
Langkah 3: Setelah diklik pada "Pay Now", kod QR akan dihasilkan/diberikan.
Langkah 4: Buka Aplikasi Shopee anda, pada tab bawah klik "Saya"dan pilih "ShopeePay". Lalu, imbas kod QR dan masukkan kata laluan 6-pin digit untuk membayar.
Langkah 5: Setelah transaksi selesai, pesanan anda akan diproseskan.
Terima Kasih.
Lawati laman Sokongan SEAGM untuk jawapan dan panduan pantas.
Perlukan sokongan? Hubungi Perkhidmatan Pelanggan kami melalui LiveChat.
Artikel berkaitan:
Komen
0 komen
Artikel ditutup untuk komen.