BitCash adalah salah satu wang E-Jepun yang digunakan untuk pembayaran dalam talian untuk perkhidmatan atau permainan dalam talian Jepun, SNS, muat turun video dan muzik. Kad BitCash Jepun adalah wang tunai Internet yang selamat dan mudah digunakan dalam bentuk kad prabayar.
Nota: Japan BitCash hanya untuk permainan Jepun sahaja.
Peringatan: Aktifkan translator laman web untuk pemahaman yang lebih teliti.
Langkah 1: Daftarkan akaun ahli secara percuma di Laman Rasmi BitCash. Masukkan semua maklumat yang diperlukan dan teruskan dengan pendaftaran.
Langkah 2: Sahkan e-mel melalui pautan yang dihantar ke peti mel anda. Klik pada pautan dan teruskan pendaftaran maklumat ahli (nama samaran. ID ahli, kata laluan dan lain lain.).
Langkah 3: Untuk soalan privasi/rahsia, pilih soalan privasi dan jawapan yang dimasukkan hanya dibenarkan dalam bahasa Jepun, kemudian klik "daftar".
Langkah 4: Setelah didaftarkan, klik pada profil, pilih Input Kupon dan masukkan kod yang dibeli dari SEAGM kemudian klik input.
Langkah 5: Dana akan ditambahkan dan ia siap digunakan.
Terdapat 2 cara untuk menebus kod:
a) Masukkan 16-character Hiragana ID code di akaun BitCash seperti yang ditunjukkan di bawah:
b) Pin ID Hiragana 4 character dimasukkan di setiap baris seperti yang ditunjukkan di bawah (biasanya untuk penebusan langsung dalam permainan):
Permainan yang disokong untuk kod BitCash Jepun (Yen ¥):
Ameba, Mobage, DMM, Final Fantasy.XIV online, Steam rasmi dan lain-lain.
Terima Kasih.
Kunjungi laman sokongan SEAGM untuk mendapatkan jawapan dan panduan pantas.
Perlukan bantuan? Hubungi Perkhidmatan Pelanggan kami melalui LiveChat.
Artikel berkaitan:
Bagaimana untuk membeli Japan Bitcash (Yen ¥) di SEAGM?
Komen
0 komen
Artikel ditutup untuk komen.