Apakah tujuan untuk komen di bawah pesanan?
Komen pesanan ialah cara yang cepat dan mudah untuk anda menghantar kemas kini atau mesej mengenai pesanan anda di SEAGM. Jika anda menerima pemberitahuan daripada sistem SEAGM mengenai maklumat pemain yang tidak serasi/salah, sila hantar maklumat pemain yang betul di bahagian komen bawah pesanan dan kami akan memprosesnya secepat mungkin!
Langkah 1: Setelah log masuk ke akaun SEAGM , klik pada ikon profil di bahagian atas sebelah kanan halaman utama. Kemudian, klik pada "Pesanan Saya".
Langkah 2: Pilih pesanan [Cth: CXXXXXXXXX atau DXXXXXXXXX] yang telah anda bayar dan ingin mengemas kini maklumat yang betul.
Langkah 3: Setelah mengklik pada nombor pesanan tersebut, anda akan diarahkan ke laman"Butiran Pesanan". Anda boleh menaip mesej atau "pilih fail" untuk melampirkan gambar, kemudian klik "Hantar Mesej".
Nota: Komen hanya boleh dihantar jika status penghantaran pesanan berada di bawah "Tunggu Hantar/Sending".
***Untuk menyemak maklumat terkini tentang pesanan anda, sila klik pada "Pemberitahuan" di bawah profil SEAGM anda.
Terima Kasih.
Kunjungi laman sokongan SEAGM untuk mendapatkan jawapan dan panduan pantas.
Perlukan bantuan? Hubungi Perkhidmatan Pelanggan kami melalui LiveChat.
Artikel berkaitan:
Notifikasi Status Pesanan Semasa
Komen
0 komen
Artikel ditutup untuk komen.