Mengenai:
GrabPay, ialah salah satu penyedia e-dompet terkemuka di Malaysia, menawarkan anda kemudahan membayar perkhidmatan harian seperti bil, barangan runcit, makanan, perkhidmatan pengangkutan, tambah nilai prabayar dan banyak lagi – semuanya dalam satu aplikasi. Anda juga akan memperoleh mata GrabRewards untuk setiap transaksi yang anda buat dengan GrabPay!
Nota: GrabPay di SEAGM HANYA disediakan untuk rakyat Malaysia yang menggunakan mata wang MYR dengan 1.30% daripada yuran pemprosesan dikenakan pada setiap pembayaran.
Langkah 1: Pilih item yang anda ingin beli > klik 'beli sekarang' > di halaman pembayaran, klik 'bayar sekarang untuk diarahkan ke halaman seterusnya.
Langkah 2: Pada halaman pembayaran, pilih 'Bayaran Dalam Talian' > GrabPay> klik pada PayNow untuk meneruskan.
Langkah 3: Setelah mengklik pada "bayar sekarang", kod QR akan dijana.
Langkah 4: Sila buka Apl Grab daripada peranti mudah alih anda, kemudian, ketik ikon "Imbas" di bahagian atas sebelah kiri skrin utama dan halaman bar imbasan akan muncul.
Langkah 5: Sila imbas kod QR yang ditunjukkan pada halaman pembayaran SEAGM. Setelah diimbas, anda akan diarahkan ke halaman pengesahan pembayaran. Sila sahkan jumlah pembayaran anda, pilih kaedah pembayaran anda dan klik "Bayar" untuk menyelesaikan transaksi.
Langkah 5: Setelah transaksi selesai, pesanan anda akan diteruskan secara automatik. Anda boleh menyemak status pesanan anda di bawah bahagian "Pesanan Saya" profile SEAGM.
Terima Kasih.
Lawati laman Sokongan SEAGM untuk jawapan dan panduan pantas.
Perlukan sokongan? Hubungi Sokongan Pelanggan kami melalui LiveChat.
Artikel berkaitan:
Bagaimana cara pembayaran menggunakan ShopeePay di SEAGM?
Pembayaran melalui Touch n Go e-Wallet
Komen
0 komen
Artikel ditutup untuk komen.