1. Mengapa saya tidak menerima e-mel selepas mengklik “Tetapkan Semula Kata Laluan Saya” atau “Daftar Akaun”?
Selepas meminta tetapan semula kata laluan atau pendaftaran akaun, anda mungkin melihat mesej “Tetapkan Semula Kata Laluan / Sahkan E-mel Dihantar Ke Peti Masuk Anda”, tetapi e-mel tersebut tidak muncul dalam peti masuk anda. Ini mungkin berlaku kerana sistem keselamatan Gmail menapis e-mel masuk secara automatik untuk melindungi pengguna daripada mesej yang tidak diingini, seperti spam, percubaan pancingan data atau e-mel yang mencurigakan. Kadangkala, e-mel penting mungkin ditapis secara salah dan dipindahkan ke Spam atau folder lain. Untuk mengelakkan kehilangan e-mel penting daripada SEAGM, anda boleh menambah domain e-mel SEAGM ke senarai whitelist Gmail anda.
2. Mengapakah saya perlu menyenarai putihkan domain e-mel SEAGM?
Senarai putih membantu memastikan e-mel penting daripada SEAGM dihantar ke peti masuk anda dan bukannya ditapis ke dalam Spam atau folder lain.
Ia boleh membantu anda:
- Terima e-mel berkaitan akaun tanpa sebarang kelewatan
- Elakkan daripada terlepas e-mel pengesahan atau penetapan semula kata laluan yang penting
- Pastikan e-mel SEAGM dipaparkan dalam folder peti masuk pilihan anda
Langkah 1: Log masuk ke akaun Gmail anda melalui pelayar anda.
Langkah 2: Klik ikon⚙️Gear di penjuru kanan sebelah atas, kemudian pilih [See all settings].
Langkah 3: Pergi ke tab “Filters and Blocked Addresses” kemudian klik pada “Create a new filter”.
Langkah 4: Dalam field, masukkan: seagm.com. Kemudian klik [Create filter].
Langkah 5: Sila tandakan pilihan:
- Jangan sekali-kali hantar ke Spam
- Sentiasa tandakannya sebagai penting(optional)
Kemudian klik [Create filter] untuk save settings.
Langkah 6: Anda boleh mengkategorikan e-mel SEAGM sebagai Utama untuk memastikan ia muncul dalam peti masuk utama anda dan bukannya tab Promosi atau Sosial.
Langkah 7: Setelah selesai, Gmail akan memaparkan: “Your filter was created.”. Domain e-mel SEAGM anda kini telah berjaya ditambah ke whitelist anda.
Petua: Jika anda masih tidak dapat mencari e-mel tersebut, sila semak folder Spam, Promosi atau Semua Mail anda sebelum mencuba lagi.
Terima kasih.
Lawati laman Sokongan SEAGM untuk mendapatkan jawapan dan panduan pantas.
Perlukan sokongan? Hubungi Perkhidmatan Pelanggan kami melalui LiveChat .