Akaun Virtual [maya] Maybank ialah perkhidmatan pemindahan dalam talian yang terdiri daripada 16 nombor unik khusus untuk penerimaan dana dengan proses penyelarasan yang lebih cepat dan tepat. Nombor akaun maya yang disediakan hanya boleh digunakan pada satu transaksi, setiap kali, nombor akaun maya akan ditukar.
Nota: Ia HANYA tersedia untuk pengguna Indonesia yang menggunakan mata wang (IDR) di SEAGM.
Langkah 1: Log masuk/daftar akaun di SEAGM.
Langkah 2: Pilih item yang anda ingin beli dan klik 'beli sekarang'. Pada halaman pembayaran, klik "Bayar Sekarang" untuk diarahkan ke halaman seterusnya.
Langkah 3: Di halaman pembayaran, pilih "Perbankan Dalam Talian" dan klik pada 'Maybank VA" kemudian "Pay Now".
Langkah 4: Kod bayaran Maybank VA akan dijana dan hanya boleh digunakan untuk pembayaran SEKALI. Pesanan pembayaran akan tamat tempoh dalam masa 4 jam. Sila lengkapkan pembayaran anda sebelum masa tamat tempoh.
Nota: Semakan bayaran tambahan mungkin mengambil masa sehingga 7 hari bergantung pada maklum balas daripada bank dan status kelulusan.
Langkah 5: Setelah pembayaran berjaya dibuat, pesanan akan diproses secara automatik. Anda boleh menyemak status pesanan anda di bawah "Pesanan Saya".
Panduan ringkas diperoleh daripada laman web Maybank Indonesia
Terima kasih.
Lawati laman Sokongan SEAGM untuk mendapatkan jawapan dan panduan pantas.
Perlukan sokongan? Hubungi Perkhidmatan Pelanggan kami melalui LiveChat.
Komen
0 komen
Artikel ditutup untuk komen.