Periksa pesanan berbayar yang dikembalikan apabila anda mengklik "Pesanan saya" di akaun SEAGM anda. Berikut adalah maksud status bayaran balik :
Status bayaran balik | Maksudnya |
Dikembalikan / dikembalikan sebahagian | Bayaran balik anda selesai. Wang tersebut telah dikreditkan ke cara pembayaran yang asal. |
Dibatalkan | Pesanan anda tidak dicaj dan oleh itu anda tidak akan melihat potongan kredit pada kaedah pembayaran anda. |
Dengan menggunakan jadual di bawah, rujuk tempoh menerima bayaran balik anda. Bayaran balik memerlukan masa yang berbeza bergantung pada cara pembayaran anda.
Cara Pembayaran | Bayaran Balik | Tempoh Menerima Bayaran Balik |
Kredit SEAGM | Akaun SEAGM | Hari yang sama/Segera |
Kredit Kad | Kredit Kad | 1. 5-10 hari kerja 2. Masa pemprosesan mungkin diperpanjang mengikut setiap bank/ kad kredit. |
Kad Debit | Kad Debit | 1. 5-10 hari kerja 2. Mungkin memerlukan masa selama 30 hari untuk pembayaran balik muncul di penyata kad debit anda. |
Transaksi manual, ATM atau Cash Deposit | Bank | 1. 1-3 hari kerja 2. Masa pemprosesan mungkin dipengaruhi oleh bank dan wilayah, dan kadang-kadang mungkin dalam 10 hari kerja. 3. Sekiranya permintaan bayaran balik dibuat pada hari cuti, cuti umum atau selepas jam 6 petang pada hari Jumaat (GMT8), permintaan akan diproses pada hari Isnin. |
Perbankan atas talian/ Online Banking | Bank | 1-3 hari kerja |
E-wallet | Bank | 1. 3-5 hari kerja 2. Pembayaran untuk pesanan atas Rupee India mengambil masa selama 7 hari kerja untuk memproses pembayaran balik. |
Sila ambil perhatian bahawa:-
- Anda boleh memilih untuk menerima bayaran balik sebagai kredit SEAGM. Perkhidmatan Pelanggan kami sedia membantu melalui LiveChat.
- Mungkin terdapat sedikit kelewatan pada waktu puncak. Namun, yakinlah bahawa kami akan melakukan yang terbaik untuk meminimumkan kelewatan dan kemas kini informasi mengenai status pembayaran balik anda secepat mungkin.
- Sekiranya barang pesanan anda tidak ada stock/ tidak dihantar tepat pada waktunya, kami akan mengembalikan bayaran anda melalui kaedah pembayaran asal yang digunakan.
- Pesanan yang dibayar akan dibatalkan secara automatik sekiranya tiada respons daripada pembeli selepas 5 hari.
Terima Kasih.
Kunjungi laman Sokongan SEAGM untuk mendapatkan jawapan dan panduan pantas.
Perlukan bantuan? Hubungi Perkhidmatan Pelanggan kami melalui LiveChat.
Artikel berkaitan:
Bagaimana cara memohon bayaran balik untuk pembayaran Stripe (Kad Kredit/ Debit)?
Pengesahan identiti untuk pembelian kali pertama (Kad Kredit / Debit)
Komen
0 komen
Artikel ditutup untuk komen.