Pasukan Pengurusan Risiko SEAGM kami melakukan pemeriksaan berkala dan akan menggantung dan menguncinya akaun ahli dari laman web kami. Sistem kami juga dilengkapi dengan sistem pengurusan identiti algoritma iaitu pembelajaran mesin yang secara automatik untuk mengimbas dan memantau pendaftaran dan log masuk bagi setiap pengguna. Ini adalah untuk melindungi sistem kami daripada kes penipuan, penggodam dan pengambilalihan akaun oleh pengguna yang tidak sah.
Berikut adalah sebab-sebab akaun SEAGM anda digantung:
1. Mempunyai lebih daripada satu akaun.
- Hanya satu akaun sahaja dibenarkan bagi setiap pengguna di SEAGM. Sekiranya anda daftar akaun lebih daripada satu , maka semua akaun anda akan digantungkan oleh sistem secara automatik.
- Perkongsian akaun atau pembayaran kad kredit dengan ahli atau rakan lain.
- Berkongsi komputer atau telefon bimbit anda untuk log masuk akaun SEAGM dengan rakan lain.
- Galakkan rakan atau saudara untuk mendaftar akaun sendiri. Jangan membiarkan mereka menggunakan akaun anda kerana ini akan menyebabkan akaun digantung secara automatik.
- Mengakses akaun anda melalui PC Cyber Cafe.
2. Aktiviti Mencurigakan
- Menggunakan VPN, TOR, Game Boosters, atau Proxy ketika melayari laman web kami.
- Menggunakan nama, nombor telefon bimbit dan alamat pengirim yang tidak sah semasa pendaftaran.
- Menggunakan alamat e-mel sekali guna semasa pendaftaran.
- Menggunakan nombor telefon VOIP semasa pendaftaran.
3. Tuntutan palsu kod yang telah digunakan.
Pasukan bantuan kami juga akan menggantung akaun buat sementara waktu apabila pengguna mengemukakan pertikaian atau tuntutan. Penangguhan buat sementara waktu adalah untuk melindungi akaun pengguna SEAGM dari potensi risiko penipuan. Selain itu, menggantung akaun pengguna buat sementara waktu akan mencegah pengguna akaun yang tidak sah membuat pesanan baru sementara menunggu siasatan mengenai pertikaian atau tuntutan.
Sekiranya anda ingin memulihkan akaun SEAGM yang digantung, sila hubungi perkhidmatan pelanggan kami di LiveChat untuk mendapatkan bantuan.
Terima Kasih.
Artikel berkaitan:
Mengapa SEA Gamer Mall memerlukan dokumen untuk pengesahan?
Komen
0 komen
Artikel ditutup untuk komen.