(A) Kaedah Pembayaran Luar Talian - Pindahan dana melalui perbankan internet/ ATM/ CDM.
Jika dana anda telah didebitkan daripada akaun bank anda atau wang tunai berjaya dipindahkan, sila simpan atau ambil tangkapan skrin resit pembayaran sebagai bukti dan hubungi perkhidmatan pelanggan kami melalui LiveChat dengan segera untuk menuntut pembayaran pesanan. Semua pembayaran pindahan manual perlu menghubungi pasukan perkhidmatan pelanggan kami untuk meneruskan pesanan.
(B) Kaedah Pembayaran Atas Talian - PayPal, Kad Kredit/Debit, Matawang Kripto, E-dompet dll.
Jika pembayaran berjaya ditolak daripada akaun anda dan akaun SEAGM di bawah "Pesanan Saya" statusnya masih belum dibayar/tamat tempoh, berikut adalah sebab2:
i. Pembayaran kelihatan gagal, dikenali sebagai pembayaran Pra-Kebenaran.
Bank anda membenarkan dan meletakkan penahanan sementara sementara menunggu untuk mengesahkan pembayaran sama ada berjaya atau gagal di pihak pedagang. Sebaik sahaja pembayaran anda disahkan sebagai tidak berjaya oleh sokongan LiveChat kami, kami memberi jaminan bahawa pembayaran akan dikembalikan kepada anda dalam masa beberapa hari setelah bank anda mengesahkan pembayaran itu dianggap gagal.
ii. Pembayaran mungkin tertunda dalam proses, semak semula selepas satu atau dua jam.
iii. Bayaran tidak ditangkap [uncaptured].
Untuk pembayaran yang tidak ditangkap, pembayaran akan diproses secara automatik jika berjaya lulus, bagaimanapun, ia akan dikembalikan semula ke akaun kad kredit/debit anda jika ia ditolak pada sistem kami yang mengakibatkan kegagalan pembayaran. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Artikel SEAGM kami di bawah bahagian "Pembayaran".
(C) Online Banking - Pembayaran terus bank, FPX, Skrill dll.
Jika pembayaran berjaya ditolak daripada akaun anda, tetapi status di bawah akaun SEAGM masih "belum dibayar/tamat tempoh", sila hubungi Pasukan Perkhidmatan Pelanggan kami melalui LiveChat. Pasukan kami akan menyemak transaksi dan memberikan anda maklumat lanjut. Anda akan diminta untuk memberikan gambar resit, yang boleh sama ada dalam bentuk PDF atau tangkapan skrin.
Selain itu, kaedah pembayaran bank tertentu mungkin mengambil masa yang lebih lama untuk diproses, dianggarkan dalam masa 1-3 hari bekerja. Pengguna boleh menghubungi sokongan LiveChat kami untuk semakan lanjut.
Terima Kasih.
Lawati laman Sokongan SEAGM untuk jawapan dan panduan pantas.
Perlukan sokongan? Hubungi Perkhidmatan Pelanggan kami melalui LiveChat.
Artikel berkaitan:
Pembayaran berjaya dilakukan tetapi pesanan saya masih belum dibayar.
Komen
0 komen
Artikel ditutup untuk komen.