SEAGM menerima pembayaran perbankan luar talian untuk pelanggan di Malaysia dan Thailand.
Anda boleh membuat transaksi secara manual, ATM, atau mesin deposit tunai untuk pembayaran secara manual ke dalam akaun bank kami.
(A) Pembayaran melalui Perbankan Internet:
- Ke perbankan dalam talian anda, pindahkan jumlah pembayaran dengan menggunakan maklumat akaun bank yang ditunjukkan semasa pembayaran pesanan anda.
- Masukkan e-mel kami helper@seagm.com dalam e-mel penerima (recipient email) semasa anda membuat perbankan internet ke akaun bank kami. Ini untuk memberikan notis kepada kami bahawa anda telah membuat pembayaran melalui perbankan internet kepada kami.INFORMASI PENTING: Langkah ini sangat penting semasa penyelenggaraan sistem bank tengah malam. Harap maklum bahawa akaun perniagaan yang kami gunakan mempunyai tempoh penyelenggaraan yang lebih lama berbanding akaun peribadi. Oleh itu, sejarah transaksi hanya dapat dilihat setelah penyelenggaraan sistem bank selesai. Perkhidmatan Pelanggan SEAGM hanya dibenarkan untuk mengesahkan pembayaran apabila butiran pembayaran dapat ditemukan dalam sejarah transaksi atau e-mel pemberitahuan dari bank.
- Ambil tangkapan skrin pengesahan transaksi anda atau sejarah transaksi anda untuk motif pengesahan.
- Hubungi kami melalui LiveChat untuk mengesahkan pembayaran anda. Setelah kami menerima pembayaran anda, pesanan anda akan dibayar dan diproseskan.
(B) Pembayaran melalui ATM atau Transfer Deposit Tunai:
- Buat pesanan, pilih pembayaran luar talian melalui pindahan bank dan pilih bank.
- Catat nombor akaun bank, nama akaun, dan jenis akaun.
- Lawati bank terdekat anda untuk membuat transaksi.
- Gunakan ATM atau Mesin Deposit Tunai untuk memindahkan / memasukkan ke dalam akaun bank kami. Masukkan nombor akaun bank SEA Gamer Mall dan lengkapkan pemindahan / deposit.
- Simpan resit pemindahan / deposit untuk pengesahan.
- Rujuk kepasa Perkhidmatan Pelanggan kami melalui LiveChat segera untuk mengesahkan pemindahan / deposit anda.
Catatan:
Sila BAYAR dalam masa empat (4) jam. SEA Gamer Mall hanya akan mengikut harga PESANAN DIBAYAR. Pelanggan perlu membuat pesanan baru sekiranya terdapat perubahan harga untuk pesanan yang belum dibayar.
Terima Kasih.
Kunjungi laman sokongan SEAGM untuk mendapatkan jawapan dan panduan pantas.
Perlukan bantuan? Hubungi Perkhidmatan Pelanggan kami melalui LiveChat.
Artikel berkaitan:
Pesanan tamat tempoh di SEAGM
Komen
0 komen
Artikel ditutup untuk komen.