Maklumat penting:
1. Diskaun tawaran istimewa tidak boleh tambahkan apabila kupon sedang digunakan. Ahli boleh memilih sama ada untuk kekal dengan diskaun tawaran istimewa SEAGM yang asal ATAU menggunakan kupon untuk diskaun tersebut.
2. Kupon tersedia yang ditawarkan oleh SEAGM adalah untuk produk terpilih SAHAJA. Item yang ditawarkan untuk kupon akan dipaparkan apabila anda mengklik pada butiran.
3. Kupon adalah berdasarkan ketersediaan stok SAHAJA.
4. SEAGM berhak untuk menukar terma dan syarat pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu.
Sila ikuti langkah mudah yang digariskan di bawah:
Langkah 1: Sila log masuk ke akaun SEAGM anda untuk meneruskan seterusnya.
Langkah 2: Pilih produk yang anda ingin beli dan klik "Beli Sekarang" untuk meneruskan ke halaman seterusnya.
Langkah 3: Kemudian, sila pilih kupon yang tersedia di bahagian "Pilih Kupon" sebelum pembayaran. Dengan memilih kupon, anda akan menerima diskaun kupon dan bukannya diskaun daripada tawaran istimewa asal produk tersebut. Jumlah keseluruhan diskaun kupon akan ditunjukkan dengan warna merah di atas butang "Bayar Sekarang".
Langkah 4: Setelah mengklik pada "Bayar Sekarang," anda akan diarahkan ke halaman pembayaran terakhir di mana anda boleh memilih pilihan pembayaran kegemaran anda. Jumlah yang tepat akan dipaparkan berdasarkan pilihan pembayaran yang anda pilih, termasuk yuran pemprosesan. Anda kemudian boleh mengesahkan dan menyelesaikan transaksi seperti biasa.
Langkah 5: Setelah pembayaran selesai, anda boleh melihat status pesanan anda, di bawah "Pesanan Saya".
Terima kasih.
Lawati laman Sokongan SEAGM untuk mendapatkan jawapan dan panduan pantas.
Perlukan sokongan? Hubungi Sokongan Pelanggan kami melalui LiveChat.
Artikel berkaitan:
Komen
0 komen
Artikel ditutup untuk komen.