Sistem baharu untuk menebus kod kupon baru sahaja diperkenalkan oleh SEAGM. Ahli SEAGM kini boleh menebus dan menggunakan kupon tambahan semasa membuat pembayaran.
Catatan:
1. Kupon tersedia yang ditawarkan oleh SEAGM adalah untuk produk terpilih SAHAJA. Item yang ditawarkan untuk kupon akan dipaparkan apabila anda mengklik pada butiran.
2. Kupon tidak boleh digabungkan dengan produk tawaran istimewa yang terdapat di SEAGM.
3. Kupon adalah berdasarkan ketersediaan stok SAHAJA.
4. SEAGM berhak untuk menukar terma dan syarat pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu.
Langkah 1: Sila log masuk ke akaun SEAGM anda untuk meneruskan seterusnya.
Langkah 2: Setelah log masuk, di penjuru kanan sebelah atas, klik pada icon berbentuk orang dan pilih "Kupon saya".
Langkah 3: Seterusnya, klik pada butang "Menebus" di sebelah kanan halaman dan anda akan melihat kotak kod penebusan.
Langkah 4: Masukkan kod pertukaran kupon dan klik "Menebus Kupon". Kupon akan disimpan dalam "Kupon Saya" anda setelah berjaya.
Langkah 5: Pilih produk yang anda ingin beli dan pilih kupon sebelum meneruskan pembayaran. Jumlah tersebut akan ditolak secara automatik mengikut nilai kupon.
Langkah 6: Jumlah akhir akan ditunjukkan berdasarkan kaedah pembayaran yang anda pilih dengan yuran pemprosesan dikenakan, anda kemudian boleh mengesahkan dan menyelesaikan transaksi seperti biasa.
Langkah 7: Setelah pembayaran selesai, anda boleh melihat status pesanan anda, di bawah "Pesanan Saya".
Terima kasih.
Lawati laman Sokongan SEAGM untuk mendapatkan jawapan dan panduan pantas.
Perlukan sokongan? Hubungi Sokongan Pelanggan kami melalui LiveChat.
Artikel berkaitan:
Bagaimana cara menebus kupon di SEAGM?
Soalan Lazim: Program Ganjaran SEAGM STAR.
Komen
0 komen
Artikel ditutup untuk komen.