Akaun dikunci? Tidak risau! Sila ikuti panduan di bawah untuk mendapatkan semula akses:
Langkah 1: Dalam Apl SEAGM, klik pada ikon "Pengguna/user" bahagian bawah sebelah kanan halaman, dan pilih Log Masuk/Daftar.
Langkah 2: Kemudian, klik "Lupa Kata Laluan/forgot password?" dan anda akan diarahkan ke chrome untuk meneruskan proses.
Langkah 3: Anda akan diminta untuk memasukkan alamat e-mel anda dan tandakan pada kotak reCAPTCHA. Kemudian, klik "Hantar e-mel kata laluan tetapan semula/send reset password email".
Langkah 4: Semak peti mel anda. Anda akan menerima e-mel mengenai "Tetapkan semula kata laluan SEAGM.com anda". Sila klik pada "RESET LINK" yang diserlahkan dengan warna biru untuk diarahkan ke halaman tetapan semula kata laluan.
Nota: Sila semak folder Sampah atau Spam e-mel anda jika anda tidak menemui mesej dalam peti mel anda. Anda juga boleh menyenarai whilelist domain [@seagm.com] dan meminta penetapan semula kata laluan sekali lagi.
Langkah 5: Setelah selesai, anda akan melihat halaman berjaya menetapkan semula kata laluan "Operasi Selesai" dan secara automatik diarahkan kembali ke halaman SEAGM.
Langkah 6: Jika anda perlu log masuk melalui SEAGM Apps, sila log keluar dari laman web terlebih dahulu. Ini kerana berbilang log masuk akan menyebabkan penggantungan automatik akaun.
Keperluan untuk mencipta kata laluan dalam SEAGM:
1. Kata laluan mengandungi 8 ~ 20 aksara.
2. Gabungan huruf besar dan huruf kecil serta nombor.
3. Jangan gunakan sebarang simbol atau aksara khas.
Contoh: SeaGamerMall2007
Terima Kasih.
Lawati laman Sokongan SEAGM untuk mendapatkan jawapan dan panduan pantas.
Perlukan sokongan? Hubungi Sokongan Pelanggan kami melalui LiveChat.
Artikel berkaitan:
Apakah yang perlu saya lakukan jika akaun SEAGM saya digantung?
Komen
0 komen
Artikel ditutup untuk komen.